Rangkap 1
Seorang peniaga sedang cuba menjual barang terbarunya.
Rangkap 2
Pengunjung masih belum berhajat untuk membeli dan datang untuk melihat sahaja.
Rangkap 3
Seorang peniaga yang tersohor datang berniaga menjadikan orang lain takut untuk berniaga bersama-sama.
Rangkap 4
Orang yang takut untuk berniaga itu adakah kurang sifat kelakian/kegagahannya.
Rangkap 5
Pengunjung tersebut dikatakan kedekut kerana begitu memilih.
Rangkap 6
Pengunjung takut duitnya habis jika membeli barang jualan tersebut.
Rangkap 7
Pengunjung sayang duitnya habis tetapi dia tidak sampai hati untuk menolak pelawaan itu
Rangkap 8
Pengunjung sebenarnya tidak kedekut dan lemah, Cuma dia masih belum mahu untuk membeli.
Rangkap 9
Sebenarnya kasih itu bukanlah sesuatu yang boleh diniagakan kerana hati itu tidak dapat dijual beli. Oleh sebab itu, pengunjung itu berasa berat hati untuk memilih dan membeli kerana belum berkenan dihati.
TEMA
-Adat dalam berjual beli.
PERSOALAN
-Berhati-hati dalam membuat keputusan
-Berbudi bahasa dalam kehidupan
BENTUK
1- Rangkap
-
Mempunyai
9 rangkap
Contoh rangkap 1
Burung kekek
burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah
tuan,
Barang baik baru keluar.
Contoh rangkap 9
Dari Medan ke
Sibolga,
Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang
berniaga,
Hati tak dapat dijual beli.
2- Baris dalam
rangkap
-
Mempunyai
4 baris dalam setiap rangkap
Dari Medan ke
Sibolga,
Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang
berniaga,
Hati
tak dapat dijual beli.
3- Jumlah perkataan
dalam baris
-
Mempunyai
4 hingga 5 kata
- -Dari
Medan ke Sibolga (4 kata)
-Kedekut
sungguh tuan nak makan (5 kata)
4- Jumlah suku kata
-
Terdiri
daripada 8 hingga 11 suku kata
- - Dari
Medan ke Sibolga (8 suku kata)
- - Makanya
takut masuk berniaga (11 suku kata)
Burung kekek
burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah
tuan,
Barang baik baru keluar.
PENGAJARAN
1. 1) Kita
perlulah bersopan santun antara satu sama lain dalam percakapan
1. 2) Kita
hendaklah berhati-hati dalam memilih dan membuat keputusan dalam sesuatu
perkara
1. 3) Kita
haruslah berani dalam menghadapi pelbagai situasi/keadaan
No comments:
Post a Comment