MADSUD SAJAK
Penyajak menyatakan bahawa setiap orang
mempunyai pendapat sendiri. Makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan
kemahuannya.
|
Rangkap 2
Setiap
orang mempunyai minat atau keinginan yang berbeza
Rangkap 3
Penyajak menyatakan perbezaan zaman berubah
mengikut peredaran
Rangkap 4
Menurut penyajak segala perbuatan akan
dibalas dengan setimpal. Sekiranya seseorang melakukan kebaikan akan mendapat
balasan yang baik juga.
Rangkap 5
Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas
dengan pemberian, kita harus tahu berterima kasih
Rangkap 6
Penyajak menyatakan seseorang menyatakan
tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebab.
Rangkap 7
Penyajak menyatakan bahaya percakapan.
Pembaca perlu berhati-hati dengan kata-kata atau percakapan kerana jika
terlepas cakap ia boleh membinasakan diri sendiri atau membuatkan orang semakin
menjauhkan diri daripada kita
Rangkap 8
Penyajak menjelaskan kesan positif terhadap
orang yang terang hati, mereka akan mudah memahami setiap perkara yang
diajarkan kepada mereka
TEMA
Adat resam kehidupan manusia.
PERSOALAN
1. 1. Persoalan minat
Setiap manusia mempunyai minat atau
keinginan yang berbeza. Minat menjadikan seseorang bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan sesuatu perkara. Contohnya apabila seseorang mempunyai minat untuk
menjadi seorang guru, seseorang akan belajar dengan tekun untuk memastikan
minatnya dapat dicapai.
Contoh rangkap 2:
Lain dulang lain kaki
Lain orang lain hatinya
2. Persoalan
budi
Kita haruslah berterima kasih kepada orang
yang memberikan budi. seseorang yang menabur budi akan mendapat balasan yang
baik contohnya seseorang yang melakukan kebaikan akan mendapat balasan yang
baik juga.
Contoh
rangkap 3:
Ada
ubi ada batas,
Ada
budi ada balas.
BENTUK
•Bentuk
•Terikat
•Jumlah rangkap
•Mempunyai 8 rangkap
•Jumlah baris dalam
rangkap
•Mempunyai 2 baris
dalam satu rangkap
•Jumlah perkataan
sebaris
•Jumlah perkataan
antara 4 hingga 5 patah perkataan
•Contoh : Ada ubi ada batas (4 perkataan- rangkap
4)
•Contoh : Tak sungguh orang tak
kata (5 perkataan-rangkap 5)
•Jumlah suku kata dalam
baris
•Suku kata 7 hingga 11
suku kata dalam satu baris
•Contoh : tak / tum/buh tak/
me/la/ta ( 7 suku kata-rangkap 6, baris 1)
•Contoh : o/rang ber/bu/di ki/ta
ber/ba/ha/sa (11 suku kata,rangkap 5, baris 1)
•Rima
•Rangkap 1 - 8 rima (TERIKAT)
Terima kasih untuk bentuk dn maksud pantun ni
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteGaya bahasa dalam pantun dia atas beserta contoh?
ReplyDeleteGaya bahasa dalam pantun dia atas beserta contoh?
ReplyDeleteWow ty
ReplyDeleteGaya bahasa???
ReplyDeleteGaya bahasa ?
ReplyDelete^ω^^ω^^ω^
ReplyDelete